Kami adalah syarikat Fintech yang beribu pejabat di Singapura. Seedflex Capital Sdn Bhd diperakui oleh Penasihat Syariah kami untuk menawarkan Pay-As-You-Sell Advance sebagai pembiayaan patuh Syariah di Malaysia.
Pay-As-You-Sell Advance ditawarkan di bawah konsep Tawarruq (Komoditi Murabahah) dan pada masa ini tidak tertakluk kepada sebarang keperluan pelesenan atau peraturan.
Adakah saya layak mendapat Pay-As-You-Sell Advance?
Jika anda seorang pedagang ToyibbPay yang telah menerima e-mel atau panggilan, anda berkemungkinan besar layak mendapat Pay-As-You-Sell Advance. Jika perniagaan anda terlibat dalam mana-mana industri tidak patuh syariah, anda tidak layak untuk Pay-As-You-Sell Advance. Ini termasuk arak, perjudian, tembakau, daging babi dan produk sampingannya serta perniagaan tidak patuh syariah yang lain.
Bagaimanakah jumlah pembiayaan saya yang tersedia ditentukan?
Kami akan memberi anda jumlah pembiayaan yang tersedia berdasarkan sejarah jualan anda dengan ToyyibPay anda. Anda boleh mendapat jumlah pembiayaan sehingga 10x daripada jualan mingguan anda atau sehingga RM250,000. Jumlah pembiayaan anda juga meningkat jika jualan anda pada ToyyibPay anda meningkat.
Kami biasanya tidak memerlukan sebarang penyata bank tambahan atau sebarang maklumat kewangan lain.
Maklumat Tambahan
Segala-galanya yang anda perlu tahu tentang Pay-As-You-Sell Advance
Maklumat Am
Nama Product
Pay-As-You-Sell AdvanceTM
Jenis Pembiayaan
Patuh Shariah
Jumlah Pembiayaan
Sehingga 10x Jualan Mingguan; Maksimum RM250,000
Tempoh Pembiayaan
Sehingga 24 minggu
Caj Pembiayaan
Faedah
Tanpa Faedah
Yuran Sekali
Sehingga 6%
Caj Lain
Duti Setem sebanyak 0.5%
Yuran Lewat
Tiada
Caj Bayaran Balik Awal
Tiada
Butiran Pengeluaran Dana
Kaedah Pengeluaran Dana
Pindahan wang ke akaun bank anda
Masa Pengeluaran Dana
Sehingga 48 Jam
Jumlah Pengeluaran Dana
Jumlah yang dipilih anda; Yuran TIDAK dipotong tetapi ditambahkan pada jumlah pembayaran balik
Kaedah Bayaran Balik
Bayaran balik ditolak daripada penyelesaian ToyyibPay anda secara automatik
Kekerapan pembayaran balik
Mengikut jadual penyelesaian anda dengan ToyyibPay